Wednesday 20 March 2013

I ♥ U ALIEN




I ♥ U ALIEN 

sebelum ditarbiyah dulu
bila nampak orang pakai baju besar-besar, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pakai tudung labuh-labuh, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pegang al quran sepanjang masa, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pergi solat jemaah hari-hari, aku rasa orang tu pelik



sebelum ditarbiyah dulu
bila aku sekali sekala masuk surau, aku rasa dikecam,
seolah-olah semua orang pandang aku macam aku buang tebiat datang surau haritu
bila aku pakai baju besar sikit, aku rasa macam semua orang buat pandangan sinis dekat aku, sambil cakap dalam hati 'haa, ada pon baju besar minah ni'
bila aku jalan sambil pegang al quran, aku rasa macam semua orang nak datang dekat aku, dan tanya, 'nak bagi siapa al quran ni?'

sebelum ditarbiyah dulu
aku benci dengan orang pakai baju besar-besar, pakai tudung labuh-labuh
aku benci nak datang surau sebab 'budak surau' seolah-olah tak suka aku datang
aku malu nak pegang al quran sebab nanti orang kata aku dah dapat hidayah
aku malu nak ikut usrah sebab aku takut orang kata aku ekstremis

sebelum ditarbiyah dulu
aku rasa macam aku hidup dikelilingi alien yang jumud
tapi segalanya berubah setelah aku menerima tarbiyah

sejak menerima tarbiyah
aku kagum dengan orang-orang yang pakai baju besar-besar dan tudung labuh-labuh
dalam hati mesti cakap 'cekalnya mereka. satu hari nanti aku nak jadi macam tu'.
aku kagum dengan orang yang istiqamah solat jemaah hari-hari
dalam hati akan terdetik, 'bila aku nak istiqamah macam tu?'.

sejak menerima tarbiyah
aku rasa dihargai setiap kali aku masuk surau
walaupun tak dijemput macam puteri, tak dilayan macam bidadari,
sebab aku tahu, nun di atas sana, Allah sedang mengalu-alukan kedatangan aku
aku rasa seronok setiap kali terima orang baru dalam surau
tapi tak tercapai untuk luahkan sebab takut dikata memerli
padahal jauh di sudut hati, rasa macam nak bentang karpet merah supaya orang tu datang lagi


sejak menerima tarbiyah
aku tak kisah dikata ekstremis
walaupun hakikatnya orang lain yang terlampau terbuka
aku lawak bila dapat label 'budak surau', atau 'budak usrah'
bukan kami melabel diri sendiri, tapi entah siapa yang baik hati label kami sebegitu
setiap kali dapat panggilan baru, dalam hati mesti berdoa
'ya Allah, semoga panggilan kami di dunia ini akan diganti dengan panggilan PENGHUNI SYURGA di akhirat kelak'

sejak menerima tarbiyah
aku tak lagi rasa aku hidup bersama alien yang jumud
semuanya kelihatan biasa pada aku
cuma kadang-kadang aku pula yang dianggap alien

sejak menerima tarbiyah
aku terfikir satu teori

'biasalah tu, kalau orang tu lain sikit dari kita, mulalah kita rasa dia pelik, kita rasa dia alien. tapi kita terlupa, kita juga sebenarnya adalah alien bagi orang lain yang tak sefikrah dengan kita. jadi, alien planet mana pun kita datang, kalau kita hidup bersatu padu, aman damai, mesti tak akan timbul gelaran-gelaran tak elok atau pandangan-pandangan kurang baik sesama kita.'

cubalah memahami alien-alien di sekeliling kita
alien planet mana pun kita datang, kita jangan lupa
kita datang dari Tuhan yang sama
dan akan kembali kepada Tuhan yang sama
dan kita hanyalah seorang bakal jenazah.

'aku pernah lalui 2 fasa dalam hidup. dan fasa kedua (sejak menerima tarbiyah) lebih aku cintai.

Tuesday 19 March 2013

Guru Cemerlang Kongsi Kepakaran



SEREMBAN - Pendidikan alaf 21 memerlukan guru berkualiti yang kreatif dan inovatif dalam menyempurnakan tugas serta tanggungjawabnya. Bukan pedagogi yang sama dan statik. Guru bersyarah murid mendengar.
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah perlu bersifat dua hala, menarik dan seronok supaya ia memberi impak positif yang berkekalan.
Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (NS), Kalsom Khalid menyarankan kepada para pendidik supaya tidak terlalu rutin dan fokus kepada domain kognitif sahaja iaitu memberi fakta dan pengetahuan sebanyak mungkin semasa di dalam kelas.
Menurut beliau, guru sepatutnya turut menekankan domain yang lain - efektif dan psikomotor - dalam P&P supaya modal insan yang dihasilkan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
"Domain efektif melibatkan penerapan nilai murni dan sikap yang baik manakala domain psikomotor pula tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berbentuk hands-on," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada penutupan program Karnival P&P Berkesan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Seremban dan Majlis Guru Cemerlang NS di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tuanku Jaafar di sini baru-baru ini.
Karnival yang mengumpulkan 350 guru ini mendapat penajaan daripada Menteri Besar NS, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Program berbentuk mentor mentee ini memberi peluang kepada guru cemerlang berkongsi kepakaran, teknik dan pengetahuan dengan guru biasa. Ia merupakan salah satu pendekatan untuk memenuhi aspirasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam meningkatkan kualiti guru.
Selain pendekatan itu, kata Ketua Sub Unit NKRA Kualiti Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Zaida Mustafa, 40,000 guru sedia ada akan dinaik taraf, dilengkapi kemahiran baru atau diberi penempatan semula.
Manakala proses kemasukan pula, jelas beliau, akan diperketatkan dan mungkin diswastakan jika ada keperluan.
"Lepasan ijazah dengan Gred Purata Akumulatif Terkumpul (CGPA) 2.7 sahaja yang akan dipilih untuk mengambil diploma pendidikan," katanya.
Zaida memberitahu, laluan kerjaya akan dipercepatkan berdasarkan kompetensi, prestasi dan kebolehan bukannya tahun perkhidmatan supaya guru lebih bermotivasi.
Sementara itu, Guru Cemerlang Gred Khas C Subjek Sains, Datin Rabiah Hussain mendedahkan resipi rahsianya, teknik Look All kepada peserta program berkenaan.
Teknik itu, katanya, membolehkan guru mendidik pelajar cara untuk mendapatkan semua maklumat dan kunci jawapan hanya daripada soalan.
"Bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk subjek Sains sahaja," jelasnya.
Guru Cemerlang Pendidikan Islam, Suwaibah Jalel berkata, pendekatan secara amali dan praktikal memudahkan pelajar menghayati sesuatu ilmu itu sama ada untuk peperiksaan mahupun amalan harian.
"Misalnya untuk topik haji, pelajar mengerjakan ibadat itu menggunakan replika dan peralatan yang disediakan," kata guru Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ini.
Manakala, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Fadilah Yaacob pula menggunakan pendekatan P&P yang berbeza mengikut keperluan dan potensi pelajar.
Beliau mengasingkan pelajar kepada tiga kumpulan - lemah, sederhana dan pandai.
"Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua yang akan mengajar topik yang ditetapkan," jelas beliau.
P&P berbentuk dua hala yang melibatkan rakan sebaya lebih mudah difahami dan amat efektif, kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti ini.
Bagi Abdul Latif Ismail, pembelajaran berfikrah yang melibatkan lima deria (hands-on), minda (minds-on) dan jiwa (hearts-on) akan memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep sains dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
Kata Guru Cemerlang Fizik ini, melalui kaedah tersebut konsep yang susah menjadi mudah dan ia menggalakkan soal jawab yang aktif antara pelajar dan guru.
Dalam pada itu, ahli Majlis Guru Cemerlang NS turut membangunkan blog masing-masing yang diisi dengan bahan P&P yang boleh dimuat turun secara percuma.
Salah seorang daripada pengendali blog yang aktif, Zahuren Abdul Kadir, menyediakan bahan P&P subjek Bahasa Inggeris dalam format Powerpoint, Pdf dan Microsoft Word.
"Bahan yang disediakan sesuai untuk guru dan juga untuk kegunaan pelajar," kata Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SMS Seremban ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz2NvsJ7xyw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kata-Kata Tokoh Guru Cemerlang


Antara kata-kata tokoh guru cemerlang (Datuk Muhamad Mustaffa, 62, Datuk Abdul Majid Omar, 66 dan Gerald Lee Leong Ai, 60)

• ‘‘Guru ialah pekerjaan yang menuntut setiap mereka yang bergelar guru berjihad demi memastikan mereka yang dididik menjadi orang terpelajar,”
• ‘‘saya beri semangat, motivasi, kesedaran dan bimbingan kepada guru-guru dan memperkenalkan moto ‘Sekolah Itu Mulia' dan ‘Guru Berkhidmat Di Institusi Mulia',”
• semasa di sekolah itu, saya memperkenalkan moto ‘Sekolah Berdisiplin, Berkualiti dan Berdedikasi'
• ‘‘sebagai pendidik yang sering menjadi rujukan pelajar, guru juga perlu peka dengan perubahan terutama dalam dunia pendidikan,”
• sifat komited, memahami tugas yang diamanahkan serta seronok bekerja menjadikan saya tabah menghadapi segala amanah dan cabaran sepanjang kerjaya sebagai pendidik

sumber: http://ahmadkhairi.blogspot.com/2009/01/antara-kata-kata-tokoh-guru-cemerlang.html

Friday 15 March 2013

DEDIKASI LAGU



Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian,,
Mungkin ada di kalangan kita pada ketika ini yang sibuk menyiapkan tugasan, mungkin ada juga yang sedang sibuk berkemas untuk pulang ke kampung halaman ataupun kampung teman-teman, malah mungkin juga ada yang sudah pun berada di perjalanan pulang ke destinasi  yang hendak dituju memandangkan hanya tinggal lebih kurang TIGA hari lagi kita akan bersama-sama menjalani PBS ataupun "shortform" bagi PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

Thursday 14 March 2013

Aktiviti 1: Knowing You, Knowing Me






NAMA AKTIVITI 1: Knowing You, Knowing Me


Objektif permainan:

1. Mengaktifkan daya pemikiran pelajar sebelum sesi p&p bermula.
2. Menarik minat dan perhatian murid kepada setiap arahan yang diberikan oleh guru.
3. Mengeratkan ukhwah sesama rakan sekelas.


Cara bermain:

1. Permainan ini adalah permainan berpasangan.
2. Semua pelajar dibahagikan kepada 2 barisan secara berhadapan, bahu ke bahu.
3. Pelajar diberi masa lebih kurang 30 saat untuk memandang pasangannya, dan bersoal jawab tentang butiran diri pasangannya.
4. Guru kemudiannya memberikan arahan kedua-dua barisan tersebut untuk mengubah kedudukan dan memandang ke arah yang bertentangan.
5. Masing-masing diberikan masa 15 hingga 20 saat untuk mengubah penampilan mereka (contoh : membuka tali leher, melipat lengan baju dll) perubahan penampilan mestilah boleh dilihat oleh pasangan masing-masing.
Peserta diminta untuk mengesan perubahan yang dilakukan oleh pasangan masing2.
6. Permainan diulang dan pasangan berinteraksi antara satu sama lain dan bergembira.


Aktiviti 2: Papa Kata









NAMA PERMAINAN: PAPA KATA

Aktiviti 3: FOKUS OH FOKUS



AKTIVITI SEBELUM P&P BERMULA




NAMA AKTIVITI : PERMAINAN TANGKAP AIR

Belajar Sambil Bermain



Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri

Aktiviti 4:Hot Tips for Opening The Lesson


Hot Tips for Opening The Lesson



A) DRAW THE LEARNING LINE




objective:
catching students’ attention at the start of the lesson

steps
1.       make  a brightly colored “learning line” at the doorway

Nota Model Skinner

tutorial kumpulan 5 (farhana, nafiisah, hidayah dan farisha)

Definisi Pengurusan Bilik Darjah




salah sebuah kelas di SJKT Ladang Rasak


Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.

 Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatka ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah, dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran.

Konsep Bilik Darjah

Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah di mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi di dalamnya.


salah sebuah kelas di SJKT Ladang Rasak
p/s: Sumber Buku Prinsip dan Amalan Pengajaran (Abd. Ghafar Md. Din, 2003)

Monday 4 March 2013

RELAKS DULU...


RELAKS DULU...

Sama-sama kita hayati bait-bait lirik lagu ini. Teristimewa buat semua pendidik dan bakal-bakal guru yang dikasihi... =)



                             Guru adalah muaddib bijaksana
                             Tekun sabar mengadun tamaddun
                             Bagai lilin memperkasakan watak.... 


Biar Ku Menjadi Lilin 

Monday 25 February 2013

Pesanan Ustazah Manis

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
anda apa khabar? kami harapkan kalian semua sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya...

sebelum kami; ustazah manis ingin berkongsi ilmu tentang subjek EDU 3104 iaitu Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku,
molek lah jika kita sama-sama memperbaharui (tajdid) niat iaitu mahu mendapatkan ilmu Allah ini...
ingatlah, tujuan hidup kita adalah sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini...

p/s: peringatan pertama untuk hadirin sekalian dan juga peringatan untuk ustazah manis juga..insyaAllah kita sama-sama amalkan =)


*