Thursday 14 March 2013

Belajar Sambil Bermain



Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri
situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah benar. Untuk kaedah ini digunakan dengan berkesan, beberapa proses asas harus diikuti iaitu:



Pengenalan dan Kesediaan Murid
Murid berada dalam keadaan baik untuk belajar apabila mendapati reaksinya terhadap situasi sebelum ini tidak memuaskan. Maka dengan ini murid akan bermotivasi untuk mencuba cara yang baru. Contohnya membentangkan situasi bermasalah dengan beberapa cara bereaksi terhadapnya dan murid memilih cara bereaksi jika dia terlibat dalam situasi itu. Lepas itu murid dikehendaki menunjukkan empati atau yang boleh membina perasaan empati. Misalnya, jika rakan kamu cedera selepas menggunakan alatan tajam, apakah yang perlu kamu lakukan dan bagaimana kamu menunjukkan tanda simpati dan cara membantunya.
Mendefinisikan Situasi dan Peranan
Situasi dibentuk oleh murid dengan bimbingan guru. Namun dalam pendidikan khas, guru haruslah membentuk situasi dan memberi arahan yang lebih jelas supaya murid lebih memahami situasi serta dengan bimbingan berterusan. Selepas pemilihan murid-murid yang terlibat, maka mereka akan melakukan lakonan itu. Guru haruslah membantu murid mendapatkan pengertian tentang masalah dan berasa selesa dalam peranannya.
Menyediakan Kelas untuk Pemerhatian dan Analisis
Fasa ini melibatkan mengorientasikan murid yang memerhati supaya mereka tahu tanggungjawab mereka dan akan melibatkan diri secara aktif dalam pengalaman pembelajaran. Kemudian murid diminta memberi pendapat tentang isu yang dilakonkan.
Bimbingan
Guru membimbing murid khas dalam lakonan yang ditentukan. Murid melakonkan watak contohnya pekebun sayur di kebun sayurnya yang menghadapi masalah dimusnahkan oleh haiwan ternakan. Pelajar dibimbing melakonkan setiap watak, pekebun, tuan punya kebun, tuan punya haiwan dan watak lain. 
Analisis dan Perbincangan
Pada peringkat ini, guru dan murid membuat analisis dan perbincangan tentang keseluruhan tema yang dilakonkan dan mengeluarkan daya kreativiti penyelesaian masalah secara spontan. Guru dan murid akan bersoal jawab tentangnya.


rujukan
Keow, C. L. (2008). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Shah Alam, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, M. S. (2000). Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Shahabuddin hashim, D. R. (2003). Siri Pendidikan Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Shah Alam, Selangor: PTS Publication & Distribution Sdn Bhd.










1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete