Thursday 14 March 2013

Aktiviti 3: FOKUS OH FOKUS



AKTIVITI SEBELUM P&P BERMULA




NAMA AKTIVITI : PERMAINAN TANGKAP AIR


Pelajar-pelajar membentuk satu bulatan dalam keadaan duduk. Duduk rapat-rapat, lutut bertemu lutut sekiranya duduk bersila. Murid untuk menggenggam tangan kanan dan diangkatkan ibu jari ke atas. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan. Tapak tangan kiri pula diletakkan di atas ibu jari kawan sebelah kiri.

Apabila penceritaan bermula, pelajar-pelajar mestilah memfokuskan kepada satu-satu perkataan contohnya:air. Apabila perkataan itu disebut, pelajar-pelajar hendaklah membuat dua perkara iaitu:
1. Tangkap ibu jari rakan sebelah kiri
2. Elakkan dari ibu jari kanan ditangkap oleh rakan sebelah
Jika ibu jari Berjaya ditangkap, pelajar tersebut dikira kalah dah terkeluar daripada permainan. Permainan diteruskan untuk mencari siapakah yang paling fokus.

Kunci permainan ini ialah menambah unsur drama dan suspen dalam cerita yang dibacakan. Apabila guru menyebut perkataan air, gunakan unsur kejutan untuk membuatkan pelajar ternanti-nanti.


1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete